Perkongsian KDB & Advokasi

9 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pengurus Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah membuat satu program Perkongsian KDB & Advokasi secara atas talian melalui FB Live dan Streamyard, sejajar dengan saranan KKM untuk mengurangkan perjumpaan secara bersemuka.

Program Klik dengan Bijak (KDB) dan Advokasi ini dibuat bagi memberi perkongsian kepada para penonton mengenai cara menjaga keselamatan semasa menggunakan internet serta mengajar dan memberi penerangan kaedah penggunaan internet secara positif.

Perkongsian yang dibuat selama hampir satu jam ini meliputi pelbagai jenis topik seperti Penipuan Internet, Buli Siber dan Penyantunan Internet. Topik-topik tersebut diterangkan secara ringkas agar mudah difahami oleh para penonton. Di samping itu, perkongsian informasi ringkas mengenai SKMM dan undang-undang yang meliputi penggunaan internet turut dilakukan.

Diharap dengan perkongsian para penonton dapat menambah pengetahuan di dalam penggunaan internet secara positif serta bagaimana melindungi diri dan menjadi mangsa semasa melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali